LAWATAN KEBAJIKAN PEGAWAI AWAM BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK, IPD JASIN, MELAKA

Melaka, 31 Dis 2024 – Satu lawatan kebajikan ke atas ahli PACSU Melaka Saudari Noorzawani binti Zainudin bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin Melaka, di Hospital Pantai Melaka. Turut hadir semasa lawatan ialah Saudari Jarinah Jailani (AJK), Saudara Ustaz Mohd Riduan Muder (AJK) dan Sjn Zaini Abu dari Kebajikan IPD Jasin. 

Saudari Noorzawani telah dimasukkan ke hospital pada 30/12/2024 setelah mengalami sakit pinggang yang berpanjangan. Hasil pemeriksaan rapi doktor yang merawat telah mengesahkan beliau mengalami masalah sakit ‘slip dics’ pada tulang pinggang di L4, L5 dan S1.

Antara rawatan yang sedang di lalui adalah fisioterapi, pengambilan ubat ubatan berjadual, rehat secukupnya dan doktor menasihatkan agar elakkan daripada mengangkat beban yang berat.

Semua warga PACSU Melaka mendoakan kesejahteraan ke atas Saudari Noorzawani agar segera pulih dan sihat walafiat seperti sediakala.

IMG-20241231-WA0016 IMG-20241231-WA0015

,