SESI KUNJUNG HORMAT BERSAMA KETUA JABATAN PENGURUSAN, IPK MELAKA

Bukit Beruang, Melaka, 19 Dis 2024 – Satu sesi perjumpaan Ahlijawatakuasa PACSU Cawangan Melaka terdiri daripada Sdra Nor Hazwan Bin Mohamad Rafidzi (Pengerusi), Sdri Fariyantiyy Binti Abharim (Setiausaha), dan Sdri Haslinda binti Yusman (Bendahari) serta barisan ahlijawatankuasa bersama Ydh Supt Izudin Bin Ab Wahab (Ketua Jabatan Pengurusan, IPK Melaka) telah diadakan di pejabat KJP di IPK Melaka.

Tujuan sesi tersebut adalah sesi suai kenal bersama YDH KJP yang baru lapor ke Kontinjen Melaka. Dalam sesi tersebut, Pengerusi PACSU juga turut memperkenalkan barisan AJK kepada YDH KJP serta berbincang berkenaan beberapa isu untuk makluman YDH KJP.

Banyak perkara telah dibincangkan. Beberapa teguran dan nasihat daripada Ydh KJP dalam usaha memantapkan lagi perkhidmatan dan kredibiliti pegawai awam khususnya bg kontinjen Melaka seterusnya mengharmonikan perhubungan antara pegawai awam dan warga PDRM Kontinjen Melaka khususnya.

Ydh KJP juga berharap kepimpinan PACSU yang sedia ada dapat memimpin pegawai awam Kontinjen Melaka khususnya ke arah lebih baik dan cemerlang.

IMG-20241219-WA0067 IMG-20241219-WA0075 IMG-20241219-WA0065 IMG-20241219-WA0051 IMG-20241219-WA0045 IMG-20241219-WA0047 IMG-20241219-WA0041 IMG-20241219-WA0043

,