MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PACSU CAWANGAN KEDAH BIL. 1/2024 DAN KUNJUNG HORMAT KEPADA KJP KEDAH

Alor Setar, 15 Ogos 2024 – Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Kedah Bil. 1/2024 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pengurusan, Tingkat 10, IPK Kedah yang dipengerusikan oleh Saudara Mohd Rusydi b. A.Rashid, Pengerusi PACSU Kedah bagi sesi 2024-2027. Dalam mesyuarat tersebut, Pengerusi telah bersetuju untuk melantik AJK yang bersesuaian untuk memegang biro – biro yang telah diwujudkan dalam Jawatankuasa PACSU Kedah.

Mesyuarat juga telah membincangkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan untuk halatuju PACSU Kedah pada tahun ini. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua diatas kejayaan Program CSR di Rumah Anak Yatim Gemilang, Sik Kedah pada 10 & 11 Ogos 2024 yang lalu.

Selepas mesyuarat tersebut, Pengerusi dan barisan AJK PACSU Kedah telah membuat kunjung hormat ke atas YDH ACP Ahmad Sahrin bin Hussain, Ketua Jabatan Pengurusan Kedah. Dalam pertemuan tersebut, YDH KJP Kedah berharap PACSU dapat bergerak seiring dengan misi dan visi pasukan serta sentiasa menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

Majlis berakhir dengan penyampaian sijil pelantikan AJK PACSU bagi sesi 2024-2027 dan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

,