Baling, 27 Ogos 2024 – Saudara Mohd Rusydi bin A.Rashid, Pengerusi PACSU Kedah hari ini berpeluang menyantuni ahli-ahli PACSU yang bertugas di balai-balai di dalam Daerah Baling. Turut sama dalam program santai ini adalah Saudari Siti Mazita binti Mansor, AJK Biro Keahlian.
Dalam perjumpaan tersebut, Pengerusi PACSU dapat berjumpa dan mengenali ahli-ahli PACSU dengan lebih rapat lagi dan juga berkongsi isu-isu semasa dan permasalahan yang boleh diangkat ke dalam Mesyuarat AJK PACSU.
Dikesempatan itu juga, beliau juga memaklumkan tentang perkembangan terkini tentang hasil Mesyuarat Agung TKSS baru-baru ini. Beliau juga berharap semua pegawai awam di daerah Baling dapat menyertai PACSU dan mencarum ke dalam TKSS Kedah.











