Anugerah Majikan Prihatin Persekutuan 2014

Jabatan Polis Diraja Malaysia telah dianugerahkan Majikan Prihatin Persekutuan 2014 oleh pihak CUEPACS.

Hasil dari anugerah ini merupakan pencalunan yang dibuat oleh pihak PACSU ke panel pemilihan anugerah di peringkat CUEPACS, oleh itu Jabatan Polis Diraja Malaysia telah terpilih dari 125 jabatan yang dipertandingkan. Anugerah ini telah diterima sendiri oleh YDH Tan Sri Dato’ Seri Khalid bin Abu Bakar, ketua polis negara dari YAP Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, perdana menteri Malaysia pada 1 mei 2014 di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah. PDRM telah menerima hadiah berupa piala, sijil dan wang tunai RM1000.00.

Tahniah PDRM.

MAJIKAN PRIHATIN PERSEKUTUAN 2014 - 2

MAJIKAN PRIHATIN PERSEKUTUAN 2014 - 1

PEGAWAI KANAN PACSU MENGIRINGI YDH KETUA POLIS NEGARA KE ATAS PENTAS UTAMA.