MAJLIS PERJUMPAAN KETUA POLIS PERLIS BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI AWAM KONTINJEN PERLIS

Pada 7 Oktober 2015 (Rabu) bertempat di Dewan Pengaman IPK Perlis, telah berlangsung satu Majlis Perjumpaan YDH SAC Shafie Bin Ismail, Ketua Polis Perlis bersama pegawai-pegawai awam kontinjen Perlis. Majlis tersebut telah dirancangkan oleh YDH Tuan Ketua Polis Perlis dan dibantu oleh barisan Ahli Jawatankuasa PACSU Perlis bertujuan untuk sesuaikenal antara Ketua Polis Perlis dengan pegawai-pegawai awam kontinjen Perlis memandangkan beliau baru melaporkan diri di Kontinjen Perlis sebagai Ketua Polis Perlis dan sekaligus memberi peluang kepada barisan kepimpinan PACSU Malaysia untuk berjumpa dan memberi pendedahan serta penerangan yang jelas tentang Kesatuan PACSU kepada pegawai-pegawai awam kontinjen Perlis.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh YDH SAC Shafie Bin Ismail, Ketua Polis Perlis, barisan Pegawai-Pegawai Kanan PACSU Malaysia, Barisan Ahli Jawatankuasa PACSU Perlis dan juga seramai 160 orang pegawai awam kontinjen Perlis. Didalam majlis tersebut, Ketua Polis Perlis telah menyampaikan beberapa amanat tentang saranan beliau kepada semua pegawai awam kontinjen Perlis khasnya supaya senantiasa menjaga etika kerja, disiplin diri dan kualiti kerja supaya dapat membuahkan hasil kerja ditahap yang tinggi dan sekaligus dapat mengharumkan nama PDRM Kontinjen Perlis.

Penekanan beliau terhadap tugas dan disiplin sangat dititikberatkan walaupun sebagai pegawai away dan bukannya badan beruniform, kerana pegawai awam merupakan kakitangan PDRM untuk menggerakkan dan juga melancarkan sistem pentadbiran PDRM. Disamping itu juga, beliau amat menyeru dan menyarankan kepada semua pegawai awam kontinjen Perlis untuk menyertai ahli Kesatuan PACSU kerana ianya banyak member faedah yang amatbaik kepada ahli-ahlinya.

Penerangan dan penjelasan yang terperinci tentang apa itu PACSU serta faedah-faedah yang disediakan dan akan dinikmati oleh setiap ahli kesatuan juga telah disampaikan pada majlis tersebut oleh Saudara Mahamad Bin Bahrum, Presiden PACSU Malaysia.  Makluman dan isu-isu semasa berkaitan kejayaan dan tuntutan CUEPACS kepada kerajaan Malaysia juga telah disampaikan pada majlis tersebut. Semoga hasil daripada majlis tersebut dapatlah membuka minda dan member kesedaran kepada pegawai-pegawai awam yang hadir untuk menyertai kesatuan PACSU.

MAJLIS KUNJUNG HORMAT BARISAN PEGAWAI KANAN PACSU, PENGERUSI DAN SETIAUSAHA PACSU PERLIS KEPADA KETUA POLIS PERLIS SEBELUM MAJLIS BERLANGSUNG

MAJLIS KUNJUNG HORMAT BARISAN PEGAWAI KANAN PACSU, PENGERUSI DAN SETIAUSAHA PACSU PERLIS KEPADA KETUA POLIS PERLIS SEBELUM MAJLIS BERLANGSUNG

NYAMPAIAN CENDERAHATI DARIPADA PRESIDEN PACSU KEPADA YDH TUAN KETUA POLIS PERLIS

PENYAMPAIAN CENDERAHATI DARIPADA PRESIDEN PACSU KEPADA YDH TUAN KETUA POLIS PERLIS

PENERANGAN TENTANG PACSU OLEH SDRA MAHAMAD BIN BAHRUM, PRESIDEN PACSU MALAYSIA

PENERANGAN TENTANG PACSU OLEH SDRA MAHAMAD BIN BAHRUM, PRESIDEN PACSU MALAYSIA

GELAGAT PESERTA YANG HADIR

GELAGAT AHLI YANG HADIR

PESERTA YANG HADIR

AHLI-AHLI PACSU YANG HADIR

SESI PENDAFTARAN PEGAWAI-PEGAWAI AWAM KONTINJEN PERLIS

SESI PENDAFTARAN PEGAWAI-PEGAWAI AWAM KONTINJEN PERLIS

UCAPAN OLEH YDH SAC SHAFIE BIN ISMAIL, KETUA POLIS PERLIS

UCAPAN OLEH YDH SAC SHAFIE BIN ISMAIL, KETUA POLIS PERLIS

,