MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PACSU CAWANGAN BUKIT AMAN KALI KE-64

Pada 9 Jun 2015, PACSU Cawangan Bukit Aman telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-64 bertempat di Dewan MESS Pegawai Kanan Bukit Aman. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YDH CP Dato’ Seri Mohamad Fuzi Bin Harun, Pengarah Pengurusan. Mesyuarat turut dihadiri oleh Sdr. Mahamad Bin Bahrum, Presiden PACSU Malaysia, Sdr. Mohd Fadli Bin Mohd Noor, Setiausaha Agung  PACSU dan Sdr. Y.M Raja

Bergambar sebelum Majlis Perasmian

Bergambar sebelum Majlis Perasmian

Begambar kenang-kenangan

Bergambar kenang-kenangan

Barisan AJK PACSU Cawangan Bukit Aman

Barisan AJK PACSU Cawangan Bukit Aman

Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah

Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah

Barisan AJK PACSU Cawangan Bukit Aman

Barisan AJK PACSU Cawangan Bukit Aman

 

Hazlan Bin Raja Hussin, Bendahari Agung PACSU, Pegawai-pegawai Kanan Polis dari setiap jabatan, barisan Ahli Jawatankuasa serta ahli-ahli PACSU Cawangan Bukit Aman.

Pendaftaran kedatangan ahli-ahli PACSU Cawangan Bukit Aman seawal jam 8.00 pagi. Sewaktu pendaftaran, buku Mesyuarat Agung telah diagihkan berserta dengan goodies sebagai tanda kenangan.

Selepas ucapan perasmian mesyuarat oleh YDH CP Dato’ Seri Mohamad Fuzi Bin Harun, majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK dan juga ahli-ahli PACSU Cawangan Bukit Aman. Cenderahati turut disampaikan oleh Pengerusi PACSU Cawangan Bukit Aman, Sdri Isnaini Binti Mustafa kepada YDH CP Dato’ Seri Mohamad Fuzi Bin Harun di atas kesudian merasmikan Mesyuarat Agung tersebut.

Mesyuarat didahulukan dengan pengenalan setiap AJK PACSU Cawangan Bukit Aman serta pembentangan tugas dan aktiviti sepanjang Tahun 2014/2015.

Sepanjang mesyuarat agung berlangsung, ahli-ahli PACSU telah banyak memberi cadangan dan idea penambahbaikan. Pelbagai isu dan persoalan yang diajukan dapat dijawab dengan baik oleh Pegawai Tertinggi PACSU Malaysia yang hadir. Di akhir mesyuarat, AJK PACSU Cawangan Bukit Aman telah mengadakan hadiah cabutan bertuah bagi ahli-ahli yang hadir sebagai tanda penghargaan di atas segala kerjasama yang diberikan selama ini.

,