CUEPACS RAYU TIDAK BEKU PENGISIAN PERJAWATAN

imageKUANTANKongres Kesatuan Pe­kerja-Pekerja di Da­lam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mera­yu ke­rajaan supaya tidak membekukan pengisian perjawatan dalam pembentangan Bajet 2017.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, kerajaan kena melihat keperluan agensi-agensi penguatkuasaan seper­ti bomba, polis dan imigresen yang perlu memperluas perkhid­matan mereka untuk me­menuhi kehendak semasa.

“CUEPACS mempunyai banyak cadangan yang hendak dibawa kepada kerajaan untuk persediaan Bajet 2017, tetapi pada peringkat pertama ini kami telah turun ke pelosok negara dan rungutan yang kami terima daripada agensi kerajaan adalah kekurangan kakitangan soko­ngan iaitu dari segi pelaksana yang hendak memenuhi tugas dan tanggungjawab di peringkat bawahan,” katanya.

Sumber : Cuepacs.blogspot.my