LAWATAN KE SUDUT GALERI PEGAWAI AWAM PDRM DI MUZIUM PDRM

whatsapp-image-2016-12-15-at-5-04-35-pm-5

MUZIUM PDRM, 15 Disember 2016 : PACSU taleh mengadakan satu lawatan mengejut ke Sudut Galeri Pegawai Awam PDRM di Muzium PDRM. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Saudara Mahamad b Baharum (Presiden PACSU) dan turut hadir bersama, Saudara Anuar b Mamat (Timbalan Presiden PACSU), Saudara Mohd Fadli b. Mohd Noor (Setiausaha Agung PACSU) dan Saudara Rohaizad b Khalil (Pegawai Pelajaran PACSU).

Lawatan mengejut ini bertujuan bagi membuat pemeriksa kedudukan dan status terkini Sudut Galeri Pegawai Awam PDRM yang telahpun dirasmikan oleh YDH Tan Sri Ketua Polis Negara semasa Perhimpunan Pegawai Awan di Melaka pada tahun 2013. Superintenden Selamat bin Sainayune Pengarah Muzium PDRM telah memberi sedikit taklimat kepada Pegawai Kanan PACSU mengenai Sudut Galeri Pegawai Awam PDRM.

Presiden PACSU dalam kenyataan yang diberikan, berkata beliau bersama-sama Pegawai Kanan PACSU yang hadir amat berpuas hati dengan status dan kedudukan terkini Sudut Galeri Pegawai Awam PDRM. Beliau juga turut memberi komitmen bahawa PACSU akan membantu pihak Muzium PDRM bagi mengumpulkan  barang-barang dan data-data sejarah untuk diletakkan di sudut tersebut.

whatsapp-image-2016-12-15-at-5-04-35-pm-2

Pengarah Muzium PDRM sedang memberi taklimat kepada Pegawai Kanan PACSU

whatsapp-image-2016-12-15-at-5-04-35-pm-4

Antara Pegawai Kanan PACSU yang hadir

whatsapp-image-2016-12-15-at-5-04-35-pm-3

Antara barang-barang yang dipamerkan di Muzium PDRM

whatsapp-image-2016-12-15-at-5-04-35-pm

Sudut Galeri Pegawai Awam PDRM

whatsapp-image-2016-12-15-at-5-04-35-pm-6

Hubungan yang erat diatara Pengarah Muzium dan Pegawai Kanan PACSU

whatsapp-image-2016-12-15-at-5-04-51-pm-1

Sesi taklimat sedang berjalan

whatsapp-image-2016-12-15-at-5-04-51-pm-2

Sesi taklimat sedang berjalan

whatsapp-image-2016-12-15-at-5-04-51-pm

Sesi taklimat sedang berjalan

whatsapp-image-2016-12-15-at-12-47-41-pm

Presiden PACSU Sdra. Mahamad b Bahrum bersama-sama Pengarah Muzium PDRM SUPT Selamat bin Sainayune

,