TUNTUTAN CUEPACS DIBAWA KE KABINET

konvensyen

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan membawa tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), bagi menyemak semula elaun kakitangan awam ke Kabinet. Timbalan Perdana Menteri berkata, kali terakhir elaun berkenaan dikaji ialah 14 tahun lalu. Beliau berkata, selain itu, tuntutan supaya Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan untuk sektor awam juga akan dibincangkan. “Saya rasa tuntutan-tuntutan CUEPACS ini munasabah seperti elaun-elaun kakitangan awam yang difahamkan sudah tiada semakan selama 14 tahun. “Saya akan ingatkan Menteri Sumber Manusia (Datuk Richard Riot Jaem) untuk membawakan kedua-dua tuntutan itu untuk dibincangkan dalam Kabinet,” katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS ke-27 di sini. Turut hadir Richard, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan kakitangan awam

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan kakitangan awam