MESYUARAT BERSAMA PEGAWAI KANAN PACSU DENGAN YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YaPEIM).

K.Lumpur 27hb April 2017 – Bertempat di Bilik Mesyuarat YaPEIM, Hotel Grand Season, Kuala Lumpur telah berlangsung satu mesyuarat bagi membincangkan program bersama antara PACSU dan YaPEIM.  Pihak PACSU dihadiri oleh Sdra Anuar bin Mamat (Timbalan Presiden), Tn Hj Mohd Zaki bin Mahmood (Naib Presiden), Sdra Mohd Fadli bin Mohd Noor (Setiausaha Agung), YM Raja Hazlan bin Raja Hussin (Bendahari Agung) dan Sdra Rohaizad bin Khalil (Pegawai Pelajaran).  YaPEIM dihadiri oleh Puan Suriani Binti Ishak (Ketua Bahagian Sumber) bersama Ustaz Hairul.

Antara intipati perbincangan bertumpu kepada produk baru dari YaPEIM iaitu Produk Informasi bagi anak-anak yang akan menduduki peperiksaan dan Produk untuk melahirkan usahawan. Pihak PACSU dan YaPEIM bersetuju untuk adakan program berbuka puasa bersama di dalam bulan Ramadhan yang akan tiba dan diselitkan dengan taklimat oleh Ketua Pengarah YaPEIM mengenai program dan Produk YaPEIM.

IMG-20170426-WA0062[1]

 

,