MESYUARAT PEWUJUDAN PERJAWATAN / GRED BARU KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI AWAM DI PDRM.

Bukit Aman 5 Jun 2017 : Bahagian Perjawatan, Jabatan Pengurusan PDRM telah mengadakan Mesyuarat bagi membincangkan pewujudan perjawatan / gred baru kenaikan pangkat Pegawai Awam di Jabatan Polis Diraja Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat Perjawatan tingkat 25 menara 2 Bukit Aman. Pegawai Kanan PACSU yang hadir iaitu Sdra Mahamad (Presiden), Sdra Anuar (Tim. Presiden) dan Sdra Mohd Fadli (Setiausaha Agung). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Supt. Alwi. Turut hadir ASP Nizam dan PPT N32 Salma dari Bahagian Perjawatan Audit, Insp. Noh dari Unit Pegawai Awam dan DSP Zarina dari Skim Syarat Perkhidmatan.
Dijangkakan satu bengkel akan diadakan dalam masa terdekat ini. Pelaksanaan pewujudan perjawatan / gred baru kenaikan pangkat untuk gred 16, 18, 28 dan 40 akan dilaksanakan berkuatkuasa 1/7/2017.

20170605_102845

20170605_095748

20170605_095752

IMG-20170605-WA0030

,