KUNJUNG HORMAT PACSU BERSAMA PENGARAH PENGURUSAN PDRM

Bukit Aman [18/8/2017] : Kunjung hormat Ahli Majlis Jawatankuasa PACSU bersama Pengarah Pengurusan PDRM telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Persada, Tingkat 30, Menara 2, Bukit Aman. YDH Datuk Sri Abdul Ghafar bin Rejab selaku Pengarah Pengurusan menyambut ketibaan barisan EXCO. Dalam kunjung hormat ini bagi pihak PDRM yang turut hadir iaitu YDH Datuk Fatimah, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) dan DSP Ayob bin Zainuddin, PT Persatuan.

Kunjung hormat berlangsung selama hampir 2 jam. Antara isu yang dibangkitkan iaitu bahan-bahan sejarah untuk galeri sejarah Pegawai Awam di Muzium PDRM dimana Pengarah Pengurusan bersetuju untuk keluarkan arahan melalui E’siar, Pakaian Seragam Pembantu Operasi Gred N11 dimana Pengarah Pengurusan mengarahkan Perkhidmatan mengambil tindakan segera, Perjawatan Unit Latihan Pegawai Awam dimana Pengarah Pengurusan mengarahkan TPP Perkhidmatan/Perjawatan melihat perkara ini dan tempat letak kereta di Bukit Aman untuk Presiden dan Pengerusi PACSU Bukit Aman dimana Pengarah Pengurusan telah meluluskan 2 petak tempat kereta di Menara 1.

Isu-isu lain antaranya Pegawai Awam diarah menjalankan tugas dikaunter lobi utama dan Skim bersepadu untuk Pegawai Awam PDRM.
Pesanan dan amanat Pengarah Pengurusan kepada Pegawai Awam PDRM antaranya:-

1. PACSU merupakan kesatuan penting yang memperjuangkan urusan kebajikan pekerja.
2. Membawa isu secara perundingan dan bijaksana.
3. Taat dan Setia kepada Kerajaan dan pucuk kepimpinan PDRM.
4. Menjaga imej PDRM.
5. Ketrampilan Pegawai Awam PDRM perlu sentiada dikemaskan.

WhatsApp Image 2017-08-18 at 08.55.29

WhatsApp Image 2017-08-18 at 09.46.25

WhatsApp Image 2017-08-18 at 09.46.27

WhatsApp Image 2017-08-18 at 09.46.32

WhatsApp Image 2017-08-18 at 09.46.34

WhatsApp Image 2017-08-18 at 09.46.38

WhatsApp Image 2017-08-18 at 09.46.43

WhatsApp Image 2017-08-18 at 09.47.05

WhatsApp Image 2017-08-18 at 09.47.14

 

WhatsApp Image 2017-08-18 at 12.26.34

WhatsApp Image 2017-08-18 at 12.26.35 (1)

WhatsApp Image 2017-08-18 at 12.26.35 (3)

WhatsApp Image 2017-08-18 at 12.26.35 (4)

WhatsApp Image 2017-08-18 at 12.26.35

WhatsApp Image 2017-08-18 at 12.26.36 (1)

WhatsApp Image 2017-08-18 at 12.26.36

WhatsApp Image 2017-08-18 at 12.37.32

,