MAJLIS SAMBUTAN JUBLI EMAS 50 TAHUN PACSU CAWANGAN MELAKA

MELAKA, 29 SEPT 2017 (JUMAAT) – Majlis Sambutan Jubli Emas Bersempena 50 Tahun PACSU Cawangan Melaka telah diadakan di Hotel La Boss, Bandar Hilir Melaka pada jam 8.00 malam. Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran YDH DCP Dato’ Abd Jalil Bin Hassan – Ketua Polis Melaka, 5 orang Kepimpinan Tertinggi PACSU Malaysia, 5 orang Mantan-mantan Pengerusi PACSU Melaka, 11 orang pesara berserta pasangan yang yang diraikan dan 100 orang ahli PACSU Cawangan Melaka. Tujuan majlis ini diadakan adakan sebagai memperingati ulang tahun penubuhan PACSU Cawangan Melaka yang ke 50 tahun.

Disamping sambutan Jubli Emas 50 Tahun PACSU turut diraikan 11 orang pesara iaitu ahli PACSU yang telah dan akan bersara sehingga Nov 2017. Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi PACSU Cawangan Melaka diikuti ucapan Sdra. Mahamad Bin Baharum  – Presiden PACSU Malaysia dan ucapan YDH Ketua Polis Melaka seterusnya merasmikan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PACSU Cawangan Melaka. YDH Ketua Polis Melaka melahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas dengan PACSU Cawangan Melaka dan merasa bangga dengan pencapaian yang sangat produktif yang mana ahli kesatuan sangat memberi kerjasama dan terlibat dengan aktiviti yang telah disusun oleh jawatankuasa PACSU. YDH Ketua Polis juga kagum dengan usaha keras Jawatankuasa PACSU yang mana telah menjadikan majlis Jubli Emas ini begitu gah dan sangat meriah malah akan menjadi satu nostalgia yang tidak mungkin dilupakan oleh para jemputan dan ahli PACSU. Didalam ucapannya juga beliau turut menyentuh beberapa perkara berkenaan integriti dan tanggungjwab dalam menjalankan tugas sebagai Pegawai Awam PDRM Melaka.

Upacara pembukaan majlis telah diserikan dengan persembahan tarian selamat datang dan pertunjukkan silat oleh Rosdee Bin Khalil ahli PACSU dari JIPS, IPK Melaka. Manakala gimik perasmian telah dilakukan oleh YDH Ketua Polis Melaka dengan menyentuh Bola Kaca dan diiringi tayangan montaj dipersembahkan bagi mengimbau kenangan dan aktiviti yang dibuat oleh mantan-mantan Pengerusi yang terdahulunya dan digabungkan dengan aktiviti terkini ahli. Majlis sebegini juga dapat mengumpulkan kesemua ahli PACSU disamping mengeratkan silaturahim dan mendekati kepimpinan tertinggi PDRM.

Semasa jamuan makan berlangsung, persembahan dari Band IPK telah mempersembahkan beberapa lagu sebagai halwa telinga para jemputan. Ahli turut serta dalam membuat persembahan nyanyian. Tema Tradisional Pengantin sangat bersesuaian dengan malam gilang gemilang dan julung-julung kali diadakan ini. Semua jemputan hadir dengan pakaian yang menepati tema dan majlis bertambah seri dengan adanya pelamin yang mana para jemputan berpeluang mengabdi kenangan bersama pasangan masing-masing. Kami di barisan jawatankuasa sangat berpuas hati dengan perancangan dan perjalanan majlis begitu teratur dan harmoni. Jemputan juga turut berpuas hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana menganjurkan majlis yang sebegitu gemilang dan akan menjadi memori terindah buat mereka.

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.42.02

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.41.41

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.41.49

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.42.00

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.41.46

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.41.52

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.42.00

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.41.39

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.41.54

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.41.55

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.41.43

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.41.40

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.41.53 (1)

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.41.55 (1)

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.41.56

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.41.57 (1)

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.41.57

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.41.58

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.41.59

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.42.01 (1)

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.42.03

WhatsApp Image 2017-10-25 at 08.42.04