SEJARAH PEMBERIAN PENCEN

PENCEN

Tahukah Anda?

PEMBERIAN PENCEN SERENDAH-RENDAHNYA BAGI PERKHIDMATAN PENUH (PENCEN TERENDAH), SEKSYEN 22A AKTA PENCEN 1980 (Akta 227)

1. Pencen Terendah pada asalnya ditetapkan sebanyak RM180 sebulan pada 1980. Kemudian ianya dinaikkan kepada RM280 mulai 1 Jan 2001.

2. Mulai 1 Januari 2009, Pencen Terendah ini telah dinaikkan secara mendadak daripada RM280.00 kepada RM720.00 3 tahun kemudian ianya dinaikkan kepada RM820.00.

3. Mulai 1 Julai 2016, Pencen Terendah dinaikkan lagi daripada RM820 kepada RM950.

4. Terkini, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018, kadar Pencen Terendah dinaikkan lagi menjadi RM1,000 sebulan sepertimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada pembentangan Belanjawan 2018.

5. Syarat untuk melayakkan seseorang menerima pencen terendah hendaklah bagi anggota yang telah menyumbangkan perkhidmatan penuh iaitu:

“Berkhidmat dengan Kerajaan sekurang-kurangnya selama 25 tahun atau 300 bulan sebelum bersara wajib di bawah undang-undang pencen”.

6. Malaysia merupakan antara beberapa buah negara di dunia sahaja yang mempunyai dasar pemberian pencen terendah kepada pesara Kerajaan.

Sekian, terima kasih.