SEMINAR TRANSFORMASI MINDA PACSU SIRI 1/2018

Port Dickson: Kepimpinan Muda PACSU merupakan penggerak dan penentu hala tuju PACSU di masa hadapan. Hubungan erat dan mesra amat penting bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi sesebuah Organisasi. Hubungan erat yang terjalin akan memupuk semangat bersatu bagi memaju dan membangunkan sesebuah organisasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Budaya menghormati kepimpinan juga menjadi teras kepada kejayaan sesebuah organisasi. Semangat kesetiaan kepada kesatuan, jabatan dan negara menjadi tunjang kepada kejayaan yang diimpikan.

Sehubungan dengan itu, bagi merialisasikan impian dan hasrat demi kecemerlangan dan kemajuan yang berterusan, PACSU telah berjaya mengadakan “Seminar Transformasi Minda PACSU” Siri 1/2018 pada 22/01/2018 (Isnin) hingga 25/01/2018 (Khamis) di Mes Pegawai Kanan, Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 67 orang peserta yang mewakili 14 Cawangan PACSU telah menghadiri seminar pada kali ini.

Antara tajuk-tajuk ceramah yang disampaikan iaitu:-

  1. Peranan dan Tanggungjawab Kesatuan Sekerja (JHEKS) (Penceramah: Puan Norlelar binti Sulaiman, Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Melaka dan Negeri Sembilan)
  2. Integriti Pemangkin Kearah Kecemerlangan Pegawai Awam (Penceramah: DSP Muhamad Nasir bin Ismail, Ketua Unit Pegawai Awam)
  3. Kenegaraan (Penceramah: Sdr. Hafizi bin Ahmad dari Kem Bina Negara Ulu Sepri)
  4. Peranan dan Tanggungjawab CUEPACS Kepada Kesatuan Gabungan (Penceramah: Tuan Haji Adnan bin Mat, Setiausaha Agung CUEPACS)

 

 

 

 

,