KEJOHANAN BOLING PIALA PRESIDEN CUEPACS 2018

K.Lumpur (Ahad) 29/4/2018 –  Kejohanan Boling Piala Presiden CUEPACS 2018 sempena Sambutan Hari Pekerja 2018 telah diadakan di Ampang Superbowl, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.  Perasmian kejohanan ini telah disempurnakan oleh Sdra Sharman Jais, Timbalan Presiden 1 CUEPACS dan penyampaian hadiah disampaikan oleh YBhg Datuk Hj Azih bin Muda, Presiden CUEPACS.

Pada tahun ini PACSU sangat bertuah kerana telah menjuarai kejohanan ini. PACSU telah menghantar satu pasukan hasil dari kejohanan Boling Piala Presiden PACSU dimana PACSU telah memilih pemain yang terbaik sahaja kejohanan ini. Pengurus pasukan iaitu Sdra Anuar bin Mamat, Timbalan Presiden.  Nama pemain iaitu PF/21287 Sdra Firdaus bin Ahmad Fadzil, PACSU Negeri Sembilan, PF/26738 Sdra Azzril Syah bin Husni Tamrin, PACSU Negeri Sembilan, PF/22196 Sdra Muhammad Iskandar Zulkarnain bin Zakaria, PACSU Selangor dan PF/2857 Sdri Norazrin binti Mohd Razaif, PACSU Selangor.

Juara keseluruhan telah membawa pulang sebuah Trofi dan wang tunai RM800.00 dan Sdri Norazrin bt Mohd Razaif telah memenangi jatuhan pin tertinggi wanita, tahniah diucapkan dari Warga PACSU.

BOLING 1 BOLING 2 BOLING 3 BOLING 4 BOLING 5 BOLING 6 BOLING 7 BOLING 8 BOLING 9 BOLING 10 BOLING 11 BOLING 12 BOLING TEMA