MESYUARAT AGUNG PACSU CAWANGAN TERENGGANU KALI KE 53 TAHUN 2018

Mesyuarat Agung PACSU Terengganu 31Terengganu, 25 Jun 2018 : PACSU Cawangan Terengganu telah Berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-53 bertempat di Dewan Dewan Seri Budi, Kuala Terengganu, Terengganu. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YDH DCP Dato’ Aidi Bin Ismail, Ketua Polis Terengganu.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Sdr. Anuar Bin Mamat, Timbalan Presiden PACSU Malaysia, Sdr. Rohaizad Bin Khalil, Pegawai Pelajaran PACSU Malaysia. Pegawai-pegawai Kanan Polis dari setiap jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah dan barisan Ahli Jawatankuasa serta ahli-ahli PACSU Cawangan Terengganu.

Pendaftaran kedatangan ahli-ahli PACSU Cawangan Terengganu seawal jam 8.00 pagi. Sewaktu pendaftaran, buku Mesyuarat Agung telah diagihkan berserta dengan goodies sebagai tanda kenangan.

Mewakili Presiden PACSU Malaysia, Sdra. Anuar Bin Mamat, Timbalan Presiden PACSU Malaysia telah membacakan teks ucapan Presiden PACSU Malaysia dan disusuli pula dengan ucapan perasmian mesyuarat oleh YDH DCP Dato’ Aidi Bin Ismail, Ketua Polis Terengganu. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Dato’ KP dan Timbalan Presiden PACSU di atas kesudian merasmikan dan menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung tersebut.

Sepanjang mesyuarat agung berlangsung, ahli-ahli PACSU telah banyak memberi cadangan dan idea penambahbaikan. Pelbagai isu dan persoalan yang diajukan dapat dijawab dengan baik oleh Pegawai Tertinggi PACSU Malaysia yang hadir. Pengumuman keputusan pemilihan Pegawai Dan Jawatankuasa PACSU Cawangan Terengganu telah dibacakan oleh Sdri. Nur Hazimah bt Azmi dari JSJN IPD Hulu Terengganu, dimana pada sesi pemilihan kali ini, kesemua Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Terengganu telah menang tanpa bertanding.

Di akhir mesyuarat, AJK PACSU Cawangan Terengganu telah mengadakan hadiah cabutan bertuah bagi ahli-ahli yang hadir sebagai tanda penghargaan di atas segala kerjasama yang diberikan selama ini.

,