PERUTUSAN PRESIDEN PACSU MALAYSIA SEMPENA TAHUN BARU 2019

Sdra. Anuar Bin Mamat PPN, PPW, PB, PK  (PRESIDEN PACSU)

Sdra. Anuar Bin Mamat PPN, PPW, PB, PK (PRESIDEN PACSU)

Segala pujian hanya bagi Allah SWT yang memberikan nikmat dan rahmat kepada kita. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi penyatu ummat di dalam sejarah peradaban manusia berpandukan wahyu Ilahi.

Tahun 2018 masihi hampir melabuhkan tirainya, kini tahun 2019 akan muncul dengan semangat dan azam yang baru buat semua warga Pegawai Awam PDRM supaya menjadikan tahun baru ini sebagai tahun yang lebih bermakna untuk mencapai kecemerlangan.

Sebagai Pegawai Awam PDRM, kerja adalah menjadi satu ibadah jika ikhlas, petuhilah segala peraturan dan bersungguh di dalam segala pekerjaan kita.

Untuk mencapai kecemerlangan di dalam organisasi, kita perlu bekerja sebagai satu pasukan dan menjalankan fungsi dan peranan masing-masing. Manusia juga ibarat puzzle. Setiap daripada kita mempunyai keunikan personaliti yang tersendiri. Hasil daripada kerjasama dan sinergi antara manusialah yang menjadikan kehidupan kita lebih jauh bermakna. Ibarat puzzle yang berlainan bentuk, berbeza posisi sekiranya digabung-jalinkan dan diletakkan pada tempat yang sepatutnya, akan memberikan satu gambaran baru yang jauh lebih besar, menarik dan jelas.

Justeru, saya menyeru kepada semua agar marilah kita berganding bahu dan bekerjasama di dalam meningkatkan imej PACSU sebagai sebuah kesatuan yang utuh dan sentiasa menjaga kebajikan ahli-ahli nya.

May this new year bring peace and joy in our life! Wishing you a very Happy New Year!

2019