PERASMIAN KARNIVAL SUKAN & PACSU RIA 2019 PACSU JOHOR

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN PACSU KONTINJEN JOHOR DAN KARNIVAL PACSU RIA 2019

Johor Bahru : PACSU Cawangan Johor telah berjaya menganjurkan Karnival Sukan & PACSU Ria yang berlangsung di Dewan Dato’ Onn, IPK Johor mulai 16hb hingga 17hb Januari 2019.

Seramai 150 orang ahli PACSU Cawangan Johor dari seluruh pelusuk Negeri Johor telah menyertai Karnival Sukan & PACSU Ria pada kali ini. Antara sukan-sukan yang dipertandingkan adalah Badminton, Ping Pong, Carom, Congkak dan Dart.

Perasmian Karnival Sukan & PACSU Ria 2019 pada kali ini telah disempurnakan oleh YDH. Datuk Mohd Khalil Bin Kader Mohd Ketua Polis Johor. Majlis perasmian turut dihadiri Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Polis Daerah dan pegawai kanan polis. Sdra. Anuar bin Mamat (Presiden PACSU) dan Sdra. Rohaizad bin Khalil (Pegawai Pelajaran PACSU Malaysia) juga telah berkesempatan hadir bagi memeriahkan lagi program ini.

Sukan tahunan dan Karnival PACSU Ria 2019 yang julung-julung kali diadakan adalah di atas cetusan ilham dari YDH Datuk Ketua Polis Johor sendiri. YDH Datuk Mohd Khalil Bin Kader Mohd melakukan gimik pelancaran dengan melambung bola tangkis untuk Kejohanan Sukan Tahunan Pacsu Kontinjen Johor 2019 dan aksi menggoreng churos bagi pembukaan Karnival PACSU Ria 2019. Pelbagai gerai jualan dibuka seperti makanan, minuman, pakaian dan banyak lagi…

,