KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA POLIS KEDAH 2019

Team PACSU Kedah3ALOR SETAR, 3 Februari 2019 –  Kejohanan Futsal Piala Ketua Polis Kedah edisi 2019 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam melabuhkan tirainya sebentar tadi. Kejohanan tersebut telah melibatkan penyertaan 16 pasukan iaitu IPK, IPD, Pulapol Langkawi, Marin Langkawi, AKSEM dan juga PACSU.

Pasukan IPD Kulim berjaya merangkul kejuaraan selepas menumpaskan pasukan PACSU dalam aksi sengit di perlawanan akhir sebentar tadi dengan keputusan 1-0. Tempat ketiga pula dikongsi bersama IPK dan juga IPD Kota Setar. Team Pacsu telah mendapat Fair Play dan Pemain terbaik dlm Kejohanan Futsal Piala KP Kedah 2019.

Seramai 3 orang pemain dari Team Pacsu Kedah dr 18 pemain telah terpilih untuk mewakili Kontinjen Kedah dlm kejohanan Futsal Piala KPN . Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Futsal Piala Ketua Polis Kedah tahun 2019 telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato’ Mat Kasim Bin Karim, Timbalan Ketua Polis Kedah.

Turut hadir di dalam majlis yang bermula jam 3.30 petang itu Ketua-Ketua Jabatan dan wakil serta Ketua-Ketua Polis Daerah. Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah dan sesi bergambar.

Bergambar Sebelum Perlawanan Hadiah Kemenangan Penyokong Setia PACSU Kedah Sesi Penyampai Hadiah Team Futsal PACSU Kedah Team PACSU Kedah Team PACSU Kedah1 Team PACSU Kedah2 Team PACSU Kedah4 Team PACSU Kedah5 Team PACSU Kedah6 Team PACSU Kedah7

,