MAJLIS MERAIKAN PESARA PDRM KONTINJEN PAHANG 2018

51045559_2440272492649492_8180025722178371584_o 50936343_815591972119901_3950388585307308032_n 51085254_2440273772649364_1148591932759343104_o 51489512_815591995453232_4187640710427574272_n 50829566_815592148786550_9109644305038835712_n 51588858_815592088786556_549403613684826112_n 50943360_2440277422648999_9206592888119492608_o 51531087_2440277022649039_3845775302374457344_o


 

28 Jan 2019 (Isnin) – Majlis Meraikan Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM ) Kontinjen Pahang bagi tahun 2018 telah berlangsung dalam suasana yang mesra dan meriah di Grand Ballroom, Vistana Hotel. Acara tradisi ini meraikan seramai 196 pesara warga PDRM yang terdiri daripada 12 pegawai kanan, 171 pegawai pangkat rendah dan pegawai awam.

Majlis seumpama ini merupakan satu acara untuk menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh mereka sepanjang berkhidmat di dalam PDRM khususnya di Kontinjen Pahang.

Majlis kali ini diserikan dengan kehadiran CP Dato’ Mohd Zakaria Bin Ahmad ,Ketua Polis Pahang selaku tetamu kehormat mewakili pucuk pimpinan PDRM Kontinjen Pahang. Turut hadir sebagai jemputan, Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia Pahang ( RESPA ), Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Negeri PAHANG, dan Pengerusi dan barisan AJK Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) Cawangan Pahang.

Pesara Pegawai Awam PDRM Kontinjen Pahang yang merupakan Ahli PACSU Pahang dihadiri seperti dibawah.

1. Puan Norhamimah binti Mohammad – JSJ
2. Puan Hanimah binti Ismail – JSJN
3. Puan Norhayati binti Abdul Mubin – Caw. Khas
4. Puan Anita binti Malek – IPD Temerloh
5. Puan Azizah binti Mat Yit – IPD Jerantut
6. Encik Ahmad Hazamy bin Awang – IPD Rompin

Budimu Disanjung, Jasamu Dikenang

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di dalam taman,
Junjungan budi kenangan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

,