MAJLIS PENUTUP KOLOKIUM KAUNSELOR POLIS DIRAJA MALAYSIA 2019.

CHERAS KUALA LUMPUR, 14 FEBRUARI 2019 – Dalam usaha membentuk warga Pasukan yang lebih berintegriti dan mampu memberi perkhidmatan kepolisan bertaraf dunia kepada masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah menganjurkan Kolokium Kaunselor PDRM 2019 di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Persidangan yang berlangsung selama dua hari dari 13 hingga 14 Februari tersebut telah menghimpunkan seramai 197 Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis dari seluruh Malaysia yang mempunyai kelulusan dalam bidang psikologi dan kaunseling.

Peserta kolokium telah diberi pendedahan dan perkongsian kepakaran oleh para penceramah jemputan dari PDRM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang sebelum mereka (peserta) dilantik menjadi Kaunselor PDRM.

Berucap dalam majlis penutup kolokium tersebut, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim berhasrat agar pelantikan para peserta sebagai Kaunselor PDRM nanti dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakan sepasukan.

Dalam majlis yang sama, Tan Sri Noor Rashid turut menyampaikan Sijil Pelantikan Majlis Tertinggi Psikologi PDRM, Sijil Pelantikan Kaunselor PDRM dan Sijil Kecemerlangan Prestasi Psikologi PDRM kepada para peserta yang mengambil bahagian.

Turut hadir, Pengarah JIPS selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Zamri Yahya, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Haji Lazim, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Noor Azam Jamaludin, pegawai kanan PDRM, pegawai rendah polis serta rakan media.

PACSU turut dihadiri oleh Sdra Anuar Bin Mamat (Presiden PACSU), Tuan Haji Mohd Zaki Bin Mahmood (Timbalan Presiden PACSU) dan Sdra Mohd Fadli Bin Mohd Noor (Setiausaha Agung PACSU).

WhatsApp Image 2019-02-14 at 2.55.59 PM  Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim.

51832462_2316774238332870_3482857893076664320_n 52120198_2316778574999103_3648652057428099072_n

WhatsApp Image 2019-02-14 at 2.55.21 PM WhatsApp Image 2019-02-14 at 2.55.50 PM

,