MAJLIS MERAIKAN PESARA PDRM PERINGKAT BUKIT AMAN TAHUN 2018

KENANG JASA DAN BAKTI, PDRM RAI 109 PESARA PERINGKAT BUKIT AMAN

Kuala Lumpur, 1 Mac 2019 – Biarpun secara rasmi tidak lagi berkhidmat di dalam pasukan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap meraikan 109 pesara warga Bukit Aman dalam satu majlis penuh gilang gemilang, sebagai tanda penghargaan dan penghormatan di atas segala sumbang bakti yang telah dicurahkan.

Majlis Meraikan Pesara PDRM Peringkat Bukit Aman Tahun 2018 anjuran Bahagian Urusetia/Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan PDRM tersebut telah diadakan di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapannya berkata, kehadiran para pesara telah membuktikan, semangat Panji Sang Saka Biru masih menebal dalam diri mereka biarpun telah menjalani persaraan wajib.

“Semoga semangat kecintaan kepada pasukan terus kekal tersemat dalam sanubari setiap para pesara hingga ke akhir hayat,” tambah beliau.

Beliau turut menyentuh mengenai Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) yang telah diwujudkan bagi memelihara hal ehwal kebajikan para pesara dan bekas polis.

Jelas beliau, sepanjang tahun 2018, sumbangan sebanyak RM1.3 juta telah diserahkan kepada 1,340 pesara dan bekas polis melibatkan bantuan khairat kematian, perubatan, bantuan pergerakan, pendidikan dan bencana alam.

Kemuncak majlis, Tan Sri Mohamad Fuzi turut menyampaikan cenderahati berupa Sijil Penghargaan, Surat Perkhidmatan dan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM400 setiap orang.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Pengurusan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Tuan Ramli Dato’ Mohd Nor, bekas Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Asri Yusoff dan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Shamsudin Mat.

Pesara Pegawai Awam PDRM Kontinjen Bukit Aman yang merupakan Ahli PACSU Bukit Aman dihadiri seperti dibawah:-
1. Saudara Mahamad bin Bahrum – Cawangan Khas, Bukit Aman.
2. Saudari Daphne a/p Christmas – Cawangan Khas, Bukit Aman.
3. Saudari Lim Ming – Cawangan Khas, Bukit Aman.
4. Saudari Khadijah binti Mat Repah – Jab. Sumber Strategik dan Teknologi, Bukit Aman.

 

WhatsApp Image 2019-03-01 at 8.19.05 PM              WhatsApp Image 2019-03-01 at 8.17.58 PM WhatsApp Image 2019-03-01 at 11.51.07 PM     WhatsApp Image 2019-03-01 at 11.51.06 PM (1) WhatsApp Image 2019-03-01 at 11.51.06 PM      WhatsApp Image 2019-03-01 at 11.51.05 PM (1) WhatsApp Image 2019-03-01 at 11.52.48 PM     WhatsApp Image 2019-03-01 at 11.51.05 PM WhatsApp Image 2019-03-01 at 11.51.04 PM          WhatsApp Image 2019-03-01 at 11.51.04 PM (1) WhatsApp Image 2019-03-01 at 8.58.00 PM

,