KEJOHANAN TEN PIN BOLING PIALA PRESIDEN PACSU 2019.

PAHANG 07/04/2019 : Kejohanan Ten Pin Boling Piala Presiden PACSU buat kali ke-tiga telah berlangsung di Kuantan Megalanes, Berjaya Megamall, Jalan Tun Ismail, Kuantan Pahang. Dirasmikan oleh YBhg Sdra Anuar bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia, turut dihadiri semua Pegawai Kanan PACSU dan EXCO PACSU. Penyertaan kejohanan ini adalah dikalangan ahli-ahli PACSU. Kategori yang dipertandingkan iaitu Hadiah Berkumpulan, Hadiah Individu, Hadiah VVIP dan Hadiah Misteri.

Juara berpasukan iaitu PACSU Cawangan Negeri Sembilan, tempat kedua PACSU Cawangan Kuala Lumpur dan tempat ketiga PACSU Cawangan Terengganu. Bagi Kategori VVIP, juara Sdra Sabil bin Husain (SPACSU), tempat kedua Sdra Mohd Fadli bin Mohd Noor (Setiausaha Agung PACSU) dan tempat ketiga Sdra Muhammad Sukri bin Mat Hassan (Pengerusi PACSU Cawangan Kedah).

Penyampaian hadiah telah diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, pada sebelah petang.

TAHNIAH DIUCAPKAN!!!

 

,