MESYUARAT MAJLIS JAWATANKUASA AGUNG PACSU BIL 2 (2018-2021)

KUALA LUMPUR : Mesyuarat Jawatankuasa Agung PACSU Bil. 2 (2018-2021) telah berjaya diadakan di Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur bermula dari 29/05/2019 (Rabu) hingga 30/05/2019 (Khamis).

Mesyuarat telah dimulakan pada jam 10.00 malam setelah selesai Solat Tarawih secara berjemaah di KLIH Hotel dan tamat pada jam 2.15 pagi. Mesyuarat kembali bersambung pada jam 9.00 pagi 30/05/2019 dan selesai pada jam 12.30 tengah hari.

Mesyuarat Jawatankuasa Agung pada kali ini telah dipengerusikan oleh Sdra. Anuar Bin Mamat (Presiden PACSU Malaysia) dah telah dihadiri hampir ke semua Ahli Majlis Jawatankuasa bagi sesi (2018-2021).

,