CORETAN MAJLIS JALINAN KASIH SILATURAHIM AIDILFITRI CUEPACS 2019 BAGI PACSU CAWANGAN MELAKA

CIDB, KUALA LUMPUR (26.06.2019) – Rombongan PACSU Melaka telah bertolak pada 26.06.2019 jam 8.00 pagi bertempat di Cawangan Pengangkutan IPK Melaka , IPD Melaka Tengah dan IPD Jasin bagi menghadiri majlis yang gilang gemilang di Pusat Konvensyen CIDB Jalan Cheras, Kuala Lumpur dan bertemakan warna Emerald Green pakaian hari raya. Pelbagai juadah disediakan bagi menjamukan semua tetamu yang hadir.