LAWATAN KEBAJIKAN PACSU CAWANGAN PAHANG

PAHANG , 16/7/2019 (SELASA) – Sdri. Seri Embun binti Ishak, Pengerusi PACSU Cawangan Pahang telah membuat lawatan kebajikan dan menyampaikan sumbangan khairat kematian ahli keluarga daripada Tabung Kebajikan PACSU Cawangan Pahang kepada Puan Aniza bt Sidik (Ahli PACSU Caw. Pahang) iaitu isteri kepada Abdul Rahman bin Abdul Wahab (Ahli PACSU Caw. Kelantan) yang telah meninggal dunia pada 9/7/2019 di Kem PGA Batalion 8, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un

PACSU Cawangan Pahang mengucapkan salam takziah dan semoga seluruh keluarga Allahyarham tabah dan sabar menghadapi ujian Allah ini dan didoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah Subhanahu wa taala dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin


 

WhatsApp Image 2019-07-19 at 16.28.30

,