PBA FC MARA KE PUSINGAN SUKU AKHIR PIALA TKSS 2019

BUKIT AMAN (15 Julai 2019) – Pasukan Bolasepak PACSU Bukit Aman, PBA FC berjaya mara ke Pusingan Suku Akhir Kejohanan Bola Sepak Piala TKSS 2019 (Bukit Aman) setelah tamat saingan di peringkat kumpulan semalam, mengulangi pencapaian pada Kejohanan tahun lepas.

PASUKAN KE SUKU AKHIR

PBA FC yang ditempatkan di dalam Kumpulan B bersama JSPT dan Cawangan Khas – E6 (PRC FC), menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat kedua dengan meraih dua kemenangan dari tiga perlawanan di belakang pendahulu Kumpulan B, KDNKA – UTK. PBA FC hanya kalah tipis kepada UTK dengan jaringan (3 – 2). Lebih membanggakan, tiga pemain PACSU Bukit Aman iaitu Muhammad Jazrin, Firdaus dan Zulhelmy tersenarai di dalam 10 Penjaring Terbanyak pada Kejohanan tahun ini.

KEDUDUKAN AKHIR KUMPULAN B PENJARING TERBANYAK

Saingan Pusingan Suku Akhir Kejohanan dijangka bermula pada 20 Julai. Semoga pasukan PACSU Bukit Aman dapat mengekalkan rentak permainan yang cemerlang di Pusingan Suku Akhir dan berjaya ke pusingan seterusnya. BERJUANG BERSAMA PACSU!

Kredit Foto: FB Kejohanan Bola Sepak Bukit Aman & Hagekaizo (Jurufoto)

,