MESYUARAT MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN (KUMPULAN AM) TAHUN 2019

Melaka (31/07/2019-02/08/2019 – 3 hari) : Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (Kumpulan Am) 2019 telah diadakan di Melaka.  Berlangsung selama 3 hari, butiran seperti di bawah:-

Pada 31/07/2019 hari Rabu jam 3.00 petang telah berlangsung Mesyuarat Pihak Pekerja MBK Am Bil. 2 (2019-2020) bertempat di Anjung Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.  Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg Datuk Hj Azih bin Muda, Pengerusi Pihak Pekerja MBK Am.

Pada 01/08/2019 hari Khamis jam 9.30 pagi telah berlangsung Mesyuarat Pre Council MBK Am 2019 bertempat di Ballroom A, Aras 13, DoubleTree by Hilton Hotel, Melaka. Dipengerusikan oleh YBhg Datuk Awang Alik bin Jeman, Pengarah Bahagian Saraan, JPA.

Pada 01/08/2019 hari Khamis jam 8.00 malam telah diadakan Majlis Makan Malam Bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan AWam (KPPA) bertempat di Ballroom B, Tingkat 13, DoubleTree by Hilton Hotel, Melaka.

Pada 02/08/2019 hari Jumaat jam 9.30 pagi telah berlangsung Mesyuarat Penuh MBK Am 2019 bertempat di Ballroom A, Aras 13, DoubleTree by Hilton Hotel, Melaka. Dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. Ahli Majlis MBK Am dihadiri oleh Pengerusi Datuk Haji Azih bin Muda, Setiausaha Saudara Mohd Fadli bin Mohd Noor dan Ahli-Ahli Majlis MBK Am. Presiden PACSU Sdra Anuar bin Mamat selaku Ahli Majlis turut hadir dalam mesyuarat ini dan membentangkan kertas kerja Bil. 01/01/2019.

Antara Kertas Cadangan yang di bawa dalam Mesyuarat MBK Am Tahun 2019 adalah seperti berikut:-

Kertas Bil. 01/01/2019.

Tajuk : Menjalankan Tugas Kesatuan Sekerja Sebagai Tugas Rasmi Bagi Membolehkan                        Tuntutan Ex-Gratia Sekiranya Berlaku Kemalangan.

Usul dari Kesatuan : Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Dan Awam Pasukan Polis                                        Semenanjung Malaysia [PACSU]

Kertas Bil. 02/01/2019.

Tajuk : Permohonan Bayaran Insentif Khas Bagi Skim Penolong Pegawai Pertanian.

Usul dari Kesatuan : Kesatuan Penolong Pegawai Pertanian Semenanjung Malaysia [KPPPSM]

Kertas Bil. 03/01/2019.

Tajuk :  Permohonan Kadar Penetapan Gaji (Tawaran) Kenaikan Pangkat Kakitangan                            Sokongan (Pelaksana) Dikaji Semula.

Usul dari Kesatuan :  Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Air Perak (KPLAP)