PERSIDANGAN PERWAKILAN TRI-TAHUNAN CUEPACS NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR KE-8 (2019-2022).

Kuala Lumpur (22 Ogos 2019) : Telah berlangsungnya Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan CUEPACS Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Ke-8 (2019-2022) bertempat di Dewan Megapuri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 22 Ogos 2019. Persidangan kali ini dihadiri seramai 122 orang Perwakilan dan 36 orang Pemerhati dari Kesatuan-Kesatuan Gabungan Kuala Lumpur.  Persidangan telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Hj. Azih bin Muda, Presiden CUEPACS. Persidangan dipengerusikan oleh Sdra Zakaria bin Abdullah, Pengerusi CUEPACS Negeri Wilayah.

PACSU yang terlibat sebagai AJK CUEPACS Negeri Wilayah Sdra Mohd Fadli bin Mohd Noor, Setiausaha Agung PACSU sebagai Setiausaha CUEPACS Wilayah, Tn Hj Mohd Zaki bin Mahmood, Timbalan Presiden PACSU sebagai Bendahari CUEPACS Wilayah. Turut hadir adalah perwakilan dan pemerhati dari PACSU Cawangan Bukit Aman, Kuala Lumpur dan PULAPOL

,