JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH SESI LIBAT URUS KESATUAN KEBANGSAAN KAKITANGAN MARA BERSAMA WAKIL-WAKIL DAN AHLI PERINGKAT IBU PEJABAT MARA 2019.

Kuala Lumpur, 23 September 2019 : Kesatuan Kebangsaan Kakitangan MARA (KEKAM MARA) telah mengadakan satu Sesi Libat Urus Kesatuan Kebangsaan Kakitangan MARA bersama wakil-wakil dan ahli-ahli Peringkat Ibu Pejabat MARA 2019 bertempat di Tingkat 24 (Anjung Koporat), Ibu Pejabat MARA, Jalan MARA, Kuala Lumpur pada 23 September 2019 (Isnin).

Saudara Mohd Fadli bin Mohd Noor, Setiausaha Agung PACSU merangkap Penolong Setiausaha Gred NBS CUEPACS merangkap Setiausaha CUEPACS Negeri Wilayah Persekutuan telah dijemput sebagai Penceramah pada kali ini dan tajuk ceramah yang disampaikan ‘Peranan Kesatuan Sekerja dan Pentingnya Ahli Kesatuan Sekerja’.

Turut hadir sebagai memberi penerangan iaitu  Saudara Md Hisham bin Othman, Presiden KEKAM MARA merangkap Naib Pengerusi Gred NBS CUEPACS dan juga Pegawai Pelajaran CUEPACS Negeri Wilayah Persekutuan dengan tajuk ceramah yang disampaikan ‘Peranan Kesatuan kebangsaan Kakitangan MARA (KEKAM) Dalam Membela Nasib Warga MARA’.

,