MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA KERJA PACSU KALI PERTAMA (2018-2021).

PACSU Bangsar, 24 September 2019 : Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PACSU Kali Pertama (2018-2021) telah diadakan di Pejabat PACSU Bangsar yang dipengerusikan oleh Saudara Anuar bin Mamat, Presiden PACSU

Pegawai Kanan PACSU dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood, Timbalan Presiden PACSU, Saudara Mohd Fadli bin Mohd Noor, Setiausaha Agung PACSU, YM Raja Hazlan bin Raja Hussin, Bendahari Agung PACSU, Saudara Mohd Azli bin Suhaimi, Timbalan Setiausaha Agung PACSU dan Saudara Rohaizad bin Khalil, Pegawai Pelajaran PACSU. Turut hadir ialah Saudara Muhammad Najib bin Ishak, EXCO Cawangan Kuala Lumpur dan Saudara Syaiful Hazrill bin Halim, EXCO Cawangan PULAPOL KL.

Antara isu yang dibincangkan antaranya Kes Buang Kerja Pegawai Awam PDRM, Kejohanan Badminton Piala Presiden PACSU 2019, Bahagian BAKA PDRM akan diperbesarkan, Pembayaran Faedah Bertukar Jabatan.  Lain-lain isu dibincangkan berkaitan dengan IPCMC

,