PROGRAM KEMBARA JALINAN KASIH PACSU CAWANGAN PERLIS .

(PERLIS) : 9 Oktober 2019 (Rabu) jam 10.00 pagi bertempat di Rumah Hembusan Kasih (Anak-Anak Yatim), Arau telah diadakan Program Kembara Jalinan Kasih iaitu penyerahan sumbangan zakat dari tabung anak-anak yatim Masjid Al-Salehin (PULAPOL) Kuala Lumpur. Program ini merupakan yang pertama diadakan di peringkat PACSU Cawangan Perlis.

Kehadiran AJK PACSU adalah seramai 13 orang. Turut hadir ialah presiden PACSU Malaysia iaitu saudara Anuar B. Mamat dan Timbalan Presiden iaitu saudara Hj. Mohd Zaki B. Mahamod.

Penyerahan zakat diserahkan kepada pengurus Rumah Hembusan Kasih, Arau iaitu Pn. Azilah bersama 29 orang anak-anak yatim.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU MEMBANTU BERSAMA PACSU”

,