PERJUMPAAN KETUA PENGURUS PASUKAN BERSAMA TIMBALAN KETUA POLIS JOHOR.

Johor : Dato’ Timbalan Ketua Polis Johor berhasrat bertemu dengan pengurus pasukan bagi kejohanan badminton Piala Presiden PACSU Malaysia 2019 yang mana PACSU Johor selaku perintis kejohanan ini. Pertemuan ini telah dihadiri oleh En Mohd Nerwan Bin Selamat selaku pengurus pasukan bersama En Mohd Fadir Bin Abu selaku Pembantu Pengurus Pasukan, turut bersama mengiringi Puan Hasniyanti Binti Mohamed Pengerusi PACSU Johor.

Hasil pertemuan ini, Dato’ Timbalan Ketua Polis Johor menyokong penuh dan mengharapkan PACSU Kontinjen Johor dapat mempersembahkan yang terbaik selaku penganjur sukan yang julung kalinya diadakan.

,