PROGRAM KEMBARA JALINAN KASIH PACSU CAWANGAN PERLIS.

9 Oktober 2019 (Rabu) : Jam 4.00 petang bertempat di Rumah Anak-Anak Yatim, Mak Teh, Kangar telah diadakan Program Kembara Jalinan Kasih iaitu penyerahan sumbangan zakat dari tabung anak-anak yatim Masjid Al-Salehin (PULAPOL) Kuala Lumpur kepada anak-anak yatim di pusat ini.

Kehadiran AJK PACSU yang hadir adalah seramai 13 orang. Turut hadir ialah presiden PACSU Malaysia iaitu saudara Anuar B. Mamat dan Timbalan Presiden iaitu saudara Hj. Mohd Zaki B. Mahamod.

Penyerahan zakat diserahkan kepada pengurus Rumah Anak-Anak Yatim iaitu Tuan Hj. Arshad B. Bahari bersama 19 orang anak-anak yatim.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU MEMBANTU BERSAMA PACSU”

,