MAJLIS PERASMIAN TASKA SEKTOR AWAM IPK MELAKA

18.10.2019 ( IPK MELAKA ) – Majlis Perasmian ini telah dihadiri oleh YB Puan Hannah Yeoh selaku Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan turut dihadiri oleh YB Datuk GINIE LIM EXCO Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Melaka , YDH Dato’ Shahrul Lalli bin Masduki Timbalan Ketua Polis Melaka, ACP Nor Ashikin Binti Abdul Razak Penolong Pengarah Kebajikan Bukit Aman , Pengerusi PACSU Melaka , Ketua – ketua Jabatan dan PERKEP serta Jabatan Negeri Melaka.

Taska IPK Melaka ini dihasilkan rentetan dari permintaan PACSU MELAKA dan Taskforce Taska IPK Melaka dibentuk untuk memperoleh kelulusan dana kewangan dari Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat (Jabatan Kebajikan Masyarakat).

Bajet 2019 dari Kementerian Kewangan diluluskan sebanyak RM190, 000.00 kepada IPK Melaka. Kerja kerja pengubahsuaian selesai dijalankan bagi kemudahan kebajikan Warga PDRM Melaka meletakkan bayi dan kanak kanak di bawah usia 4 tahun dengan kadar bayaran mampu milik dan pelajaran kanak-kanak yg sesuai mengikut usia.

R7193552-08162-20191018121-121505923 R7193552-08162-20191018121-122313350 R7193552-08162-20191018121-122248945 R7193552-08162-20191018121-12230181 R7193552-08162-20191018121-122223241 R7193552-08162-20191018121-122210712 3495c47b-da42-4fc7-af45-e83a98d89e39 bbf2c0d8-4218-4473-9f8b-f7075f6fb2b2 bde2441d-1300-4cb9-b99e-5c04f1dd4e0a