MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA KERJA CUEPACS NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BIL. 1 [2019-2022].

Wisma CUEPACS (31/10/2019) : Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja CUEPACS Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bil. 1 [2019-2022] telah diadakan di Bilik Mesyuarat CUEPACS/MBK Aras 2, Wisma CUEPACS, Jalan Pudu, Kuala Lumpur pada jam 05.00 petang. Mesyuarat dipegerusikan oleh Sudara Zekariah@Zakaria bin Abdullah, Pengerusi CUEPACS Wilayah Persekutuan. PACSU yang terlibat sebagai AJK CUEPACS Wilayah Persekutuan KAPT. Bersekutu (PA) Mohd Fadli bin Mohd Noor, Setiausaha Agung PACSU merangkap Setiausaha CUEPACS Negeri Wilayah Persekutuan dan Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood, Timbalan Presiden PACSU merangkap Bendahari CUEPACS Negeri Wilayah Persekutuan. Turut hadir Ajk-AJK CUEPACS Negeri Wilayah Persekutuan.

Antara Agenda yang dibentangkan :-

  1. Ucapan Pengerusi
  2. Membentang minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja CUEPACS  Wilayah  Persekutuan Bil. 9  [2016-2019]  pada  9 Ogos 2019
  3. Membincangkan perkara berbangkit dari Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja CUEPACS Wilayah Persekutuan Bil. 9 [2016-2019] pada 9 Ogos 2019
  4. Membentang Laporan Kewangan
  5. Menyemak dan mengesahkan Ahli Jawatankuasa Kerja CUEPACS Wilayah Persekutuan sesi 2019-2022.
  6. Post Mortem Persidangan Tri Tahunan CUEPACS Wilayah Persekutuan Kali Ke 8 (2019-2022)
  7. Menyemak Minit Persidangan Tri Tahunan CUEPACS Wilayah Persekutuan Kali Ke 8 (2019-2022)
  8. Aktiviti-Aktiviti CUEPACS Pusat.                                                        8.1Kovensyen Kebangsaan Tri Tahunan CUEPACS
  9. Aktiviti-Aktiviti CUEPACS Wilayah Persekutuan                                                     9.1 Takwim CUEPACS Wilayah Persekutuan Sesi 2019-2022                     9.2 Kursus  Keselamatan dan Kesihatan  Anjuran CUEPACS Wilayah Persekutuan         dalam bulan Mac, 2020.

 

,