PERHIMPUNAN BULANAN KONTINJEN PAHANG

IPK Pahang, 18 Dis 2019 (Rabu) – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standrd (JIPS) dan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) tampil selaku penganjur Perhimpunan Bulanan Peringkat IPK Pahang bagi Bulan Disember 2019 di Dewan Badminton Alor Akar pagi tadi. Perhimpunan Bulanan IPK Pahang tadi diambil oleh YDH CP Dato’ Abd Jalil Bin Hassan, Ketua Polis Pahang.

Perhimpunan tersebut melibatkan Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah, Pegawai Kanan, anggota dan Pegawai Awam IPK Pahang.

Di kesempatan itu juga, Beliau mengucapkan tahniah kepada semua penerima Sijil Penghargaan Ketua Polis Pahang bagi bulan Disember 2019 dan kepada peserta Kejohanan Badminton Piala Presiden PACSU Malaysia 2019 yang menjadi johan pada kejohanan tersebut. Semoga sentiasa cemerlang dan terus mengorak langkah ke hadapan dalam melaksanakan tugas masing-masing.

PACSU Cawangan Pahang mengucapkan Tahniah kepada semua Pegawai Awam yang menerima Sijil Penghargaan Ketua Polis Pahang.

 

IMG-20191226-WA0011 IMG-20191226-WA0010 IMG-20191226-WA0009 IMG-20191226-WA0008 IMG-20191226-WA0018 IMG-20191226-WA0006 IMG-20191226-WA0017 IMG-20191226-WA0015 IMG-20191226-WA0014 IMG-20191226-WA0013 IMG-20191226-WA0012

,