TEAM BADMINTON PACSU PAHANG TERIMA SIJIL PENGHARGAAN KETUA POLIS PAHANG

IPK Pahang, 18 Dis 2019 (Rabu) – Perhimpunan Bulanan Peringkat IPK Pahang bagi Bulan Disember 2019 telah diadakan di Dewan Badminton Alor Akar. Perhimpunan Bulanan IPK Pahang telah diambil oleh YDH CP Dato’ Abd Jalil Bin Hassan, Ketua Polis Pahang.

Perhimpunan tersebut melibatkan Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah, Pegawai Kanan, anggota dan Pegawai Awam IPK Pahang.

Di kesempatan itu juga, YDH Ketua Polis Pahang mengucapkan tahniah kepada semua penerima Sijil Penghargaan Ketua Polis Pahang bagi bulan Disember 2019 dan kepada peserta Kejohanan Badminton Piala Presiden PACSU Malaysia 2019 yang menjadi johan pada kejohanan tersebut.

PACSU Cawangan Pahang juga mengucapkan Tahniah kepada semua Pegawai Awam yang menerima Sijil Penghargaan Ketua Polis Pahang.

WhatsApp Image 2019-12-26 at 09.55.16 (1) WhatsApp Image 2019-12-26 at 09.55.16 WhatsApp Image 2019-12-26 at 09.55.17 (1) WhatsApp Image 2019-12-26 at 09.55.17 (2) WhatsApp Image 2019-12-26 at 09.55.18 WhatsApp Image 2019-12-26 at 09.55.19

,