MESYUARAT KEJOHANAN PERTANDINGAN TEN PIN BOLING PIALA PRESIDEN PACSU MALAYSIA TAHUN 2020.

Kuala Lumpur, 14/01/2020 : Mesyuarat Kejohanan Pertandingan Ten Pin Boling Piala Presiden PACSU Malaysia Tahun 2020 telah diadakan di Pejabat PACSU Bangsar, Kuala Lumpur. Mesyuarat bermula pada jam 11.45 pagi hingga selesai.

Pegawai Kanan PACSU yang hadir Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood, Timbalan Presiden, Sdr. Musa bin Haji Atan, Naib Presiden, KAPT. Bersekutu (PA) Mohd Fadli bin Mohd Noor, Setiausaha Agung PACSU, Sdr. Mohd Azli bin Suhaimi, Timbalan Setiausaha Agung, YM Raja Hazlan bin Raja Hussin, Bendahari Agung dan Sdr. Rohaizad bin Khalil, Pegawai Pelajaran. Turut hadir Sdri. Arbaayah binti Ahmad Tajuddin, EXCO Cawangan Kedah sebagai tuan rumah pada acara Kejohanan Ten Pin Boling Piala Presiden PACSU Malaysia Tahun 2020 Kali ini.

,