KEJOHANAN BOWLING PIALA PENGERUSI PACSU CAWANGAN KEDAH TAHUN 2020.

ALOR SETAR KEDAH [19/1/2020] – Bertempat di Aman Bowl telah berlangsung Kejohanan Bowling Piala Pengerusi PACSU Cawangan Kedah bagi Tahun 2020. Sebanyak 17 kumpulan daripada IPD dan IPK di dalam Kontinjen Kedah telah menyertai Kejohanan ini.

Pengerusi PACSU Cawangan Kedah, Puan Arbaayah Bt Ahmad Tajuddin dalam ucapannya rasa bersyukur dan berterima kasih kepada barisan AJK yang dapat bekerjasama dalam menjayakan kejohanan kali ini. Beliau juga menzahirkan rasa berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua ahli kesatuan PACSU Kedah dalam memberikan sokongan dan penyertaan di luar jangkaan. Sesungguhnya ahli-ahli yang sedia ada merupakan nadi kepada kelangsungan dan kejayaan Kesatuan PACSU itu sendiri. Tanpa ahli, maka fungsi kesatuan tidak akan berjalan dengan baik dan terlaksana seperti dirancang. Pengerusi PACSU Kedah merasmikan Kejohanan Bowling PACSU dengan balingan bowling sebagai simbolik bermulanya Kejohanan.

Alhamdulilah setelah 3 games yang berjalan dengan baik dan teratur, maka keputusan bagi Kejohanan Bowling PACSU Piala Pengerusi Cawangan Kedah bagi Tahun 2020 adalah seperti berikut:-

Jatuhan Pin Terbanyak Lelaki – Mohd Rusydi B A.Rashid ( IPK Team B )

Jatuhan Pin Terbanyak Perempuan – Rohaya Bt Abd Rahim ( IPD Kulim )

Johan – IPD KULIM

Naib Johan – IPD PADANG TERAP

Tempat Ketiga – IPD KOTA SETAR C

Misteri Lelaki – Haris Bin Illias

Misteri Perempuan – NoorHasniza Bt Ali

Pakaian Tercantik – IPD PADANG TERAP

Selesai Majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kepada semua pemain, laungan Hip Hip Horey sebanyak 3 kali telah bergema di Aman Bowl sebagai Penutup kepada Kejohanan kali ini.

#PACSUKEDAH
#PACSUMALAYSIA
#BERSATUMEMBANTUBERSAMAPACSU

,