LAWATAN KEBAJIKAN PACSU CAWANGAN PAHANG

UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA KETUA POLIS PAHANG

Seluruh ahli PACSU Cawangan Pahang melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Abd Jalil bin Hassan yang baharu sahaja kehilangan ibu tercinta, Allahyarhamah Rahmah binti Hj. Jaafar, 84 tahun, yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.00 malam, 09hb Februari 2020 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Semoga roh Allahyarhamah Rahmah binti Hj. Jaafar, dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan mereka yang bertaqwa.

“Sesungguhnya adalah milik Allah SWT apa yang dikehendakiNya, dan akan kembali kepadaNya apa yang Dia berikan. Segala sesuatu yang ada di sisiNya ada jangka waktu tertentu. Maka hendaklah bersabar dan mengharapkan pahala dari Allah SWT.” (Hadis Riwayat Muslim).

Al-Fatihah.

WhatsApp Image 2020-02-10 at 12.19.37 WhatsApp Image 2020-02-10 at 12.21.15 (1) WhatsApp Image 2020-02-10 at 12.21.15 (2) WhatsApp Image 2020-02-10 at 12.21.15 WhatsApp Image 2020-02-10 at 12.21.16

,