KEJOHANAN BOWLING PIALA PRESIDEN PACSU TAHUN 2020

ALOR SETAR, 16 Februari 2020 – Kejohanan Bowling Piala Presiden PACSU Malaysia bagi tahun 2020 talah berlangsung di Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar Kedah pada 16/02/2020 telah menyaksikan pasukan Kuala Lumpur A dinobatkan sebagai juara kategori berpasukan.

Kejohanan yang bermula pada jam 10.00 pagi itu menyaksikan pasukan Kuala Lumpur A muncul juara menewaskan 21 pasukan lain yang mewakili 13 cawangan yang bertanding. Tahniah kepada pasukan yang berjaya, buat lain-lain pasukan tingkatkan usaha untuk kejohanan yang akan datang.

Majlis perasmian penutup kejohanan ini telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato’ Muhammad Azlee bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Kedah di Dewan Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.

Selain mencungkil bakat-bakat baru di dalam sukan ini khasnya, objektif kejohanan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan di antara warga Pegawai Awam PDRM dan memilih pemain untuk diketengahkan dalam Kejohanan Boling Piala Presiden CUEPACS.

Hadir sama dalam majlis penutup tersebut adalah Ybhg. Sdra. Anuar Bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia, Ybhg. Sdra Musa bin Haji Atan, Naib Presiden PACSU Malaysia, Ybhg. Puan Arbaayah Bt. Ahmad, Pengerusi PACSU kedah, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Polis Daerah.

#TahniahPACSUKedah
#BuburDurian
#SumberFBPolisKedah

,