PROGRAM CERAMAH AGAMA

Pekan, 19/2/2020 (Rabu) – Program Ceramah Agama Anjuran Bersama IPD Pekan dan PACSU Daerah Pekan telah diadakan di Surau Khalid Al-Walid, Perumahan IPD Pekan. Ceramah bertajuk “Pengurusan Institusi Kekeluargaan” oleh Ustaz Syamsul Debat.

Kehadiran keseluruhan seramai 450 orang terdiri daripada Pegawai Kanan, Anggota, Pegawai Awam, Ahli Perkep, Kakitangan BAKA, Warga Perumahan PDRM Pekan, Pesara Polis Warga Pekan dan Masyarakat Setempat.

Turut hadir, Supt. Mohd Razli bin Mohd Yusof, KPD Pekan, DSP Mohd Zaidi bin Mat Zin, Timb. KPD Pekan, En. Musa bin Hj Atan, Naib Presiden PACSU Malaysia, dan Pn. Seri Embun bt Ishak, Pengerusi PACSU Cawangan Pahang.

Objektif program ini adalah mengimarahkan rumah Allah dan memberi kefahaman kepentingan pengurusan institusi kekeluargaan serta memberi motivasi dan kesedaran berkenaan bahaya pertelingkahan dalam rumahtangga.

PACSU Cawangan Pahang mengucapkan tahniah atas komitmen dalam penganjuran program ini yang telah diatur oleh Jawatankuasa di Peringkat PACSU Daerah.

 

WhatsApp Image 2020-02-21 at 08.07.44 (1) WhatsApp Image 2020-02-21 at 08.07.44 (2) WhatsApp Image 2020-02-21 at 08.07.44 (3) WhatsApp Image 2020-02-21 at 08.07.44 (4) WhatsApp Image 2020-02-21 at 08.07.44 (5) WhatsApp Image 2020-02-21 at 08.07.44 (6) WhatsApp Image 2020-02-21 at 08.07.44

,