KEJOHANAN BADMINTON KETUA POLIS KEDAH 2020

KULIM, 16 Feb 2020 – Kejohanan Badminton Piala Ketua Polis Kedah yang berlangsung selama tiga hari bermula 13 Feb lalu telah melabuhkan tirainya pada 15 Feb. Pada kejohanan tahun ini, buat pertama kalinya PACSU KEDAH telah menghantar pasukan badminton yang diwakili oleh ahli PACSU seluruh Kedah.

Jenis acara yang dipertandingkan adalah mengikut format pertandingan berpasukan Piala Ketua Polis Negara iaitu perseorangan lelaki terbuka, beregu lelaki terbuka pertama, beregu veteren(45 tahun ke atas), beregu wanita dan beregu terbuka kedua.

Pada perlawanan pertama, pasukan PACSU KEDAH tewas kepada pasukan Ipd Kuala Muda 5-0 dan pada perlawanan kedua pula, pasukan PACSU KEDAH tewas kepada Agensi Keselamatan Sempadan 4-1.

Dalam petandingan itu, IPK Kedah telah menjadi johan bagi tahun ini dengan menewaskan IPD Langkawi. IPD Kulim dan IPD Baling pula berkongsi tempat ketiga dalam kategori berpasukan ini.

Semoga tahun depan pasukan PACSU KEDAH dapat menjadi johan badminton Piala Ketua Polis Kedah dan memecah dominasi IPK Kedah selaku juara bertahan.

Keep training and comeback stronger PACSU KEDAH😎

BY: nfz84

,