PACSU CAWANGAN PERLIS MENYERTAI KEJOHANAN TENPIN BOWLING PIALA PRESIDEN PACSU 2020

16 Februari 2020 (Ahad) jam 9.00 pagi bertempat di Pusat Bowl, Aman Central, Alor Setar Kedah telah diadakan Kejohanan Tenpin Bowling Piala Presiden Pacsu Malaysia tahun 2020. Pacsu Cawangan Perlis telah menghantar 2 pasukan iaitu berpasangan lelaki dan berpasangan wanita. Pemain telah memberikan saingan dan persembahan yang terbaik kepada pihak lawan, namun adat pertandingan ada menang dan kalah dan Pacsu Cawangan Perlis agak kurang bernasib baik pada tahun ini untuk mendapat kejayaan.

Turut hadir ialah pengerusi Pacsu Cawangan Perlis dan ahli2 seramai 10 orang untuk memberi sokongan kepada pemain. Kejohanan berjalan dengan baik dan lancar.

Sekian, terima kasih.

“BERSATU MEMBANTU BERSAMA PACSU”

,