LAWATAN KEBAJIKAN PACSU CAWANGAN PAHANG

Kuantan, 1/7/2020 (Rabu) – PACSU Cawangan Pahang telah mengadakan lawatan kebajikan kepada PF/15475 Mohd Hanif bin Salleh dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Pahang yang mengidap penyakit paru-paru berair dan kegagalan buah pinggang. Beliau kini menjalani cuti sakit dan dirawat di One Stop Nursing Centre, Pak Mahat, Kuantan. Pegawai Awam ini tidak dapat menguruskan diri sendiri dan memerlukan penjagaan rapi.

Turut menyerahkan sumbangan daripada Tabung Kebajikan PACSU Cawangan Pahang kepada abang ahli tersebut. Didoakan agar En. Hanif diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Aaminn.

WhatsApp Image 2020-07-01 at 11.31.49 WhatsApp Image 2020-07-01 at 11.31.50 (1) WhatsApp Image 2020-07-01 at 11.31.50 WhatsApp Image 2020-07-01 at 11.31.51 WhatsApp Image 2020-07-01 at 11.31.52 WhatsApp Image 2020-07-01 at 11.31.53

 

,