MESYUARAT AJK PACSU NEGERI SEMBILAN BIL 2/2018-2021.

Seremban, 03/07/2020 – Mesyuarat AJK Bil 2/2018-2021 PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah diadakan di Kg JKIN Extreme Park Ulu Bendol Kuala Pilah Negeri Sembilan bermula jam 2.30 petang yang telah dipengerusikan oleh Pengerusi PACSU Negeri Sembilan Puan Marinee Binti Mohamad beserta barisan AJK yang telah dilantik disetiap daerah.

     Pelbagai isu dan taklimat telah disampaikan serta perbincangan aktiviti – aktiviti PACSU Negeri Sembilan pada masa akan datang diantaranya adalah berkaitan Mesyuarat Agung PACSU Cawangan, Perhimpunan Pegawai Awam bersama Ketua Polis Negara Tahun 2020, Program “Hiking” anjuran PACSU Negeri Sembilan, Pertandingan Badminton Piala Pengerusi PACSU NS dan juga Majlis Makan Malam Pegawai Awam bersama Ketua Polis Negeri Sembilan.

     Diharapkan segala perbincangan dan perancangan berjalan dengan lancar hendaknya dan semoga PACSU terus aktif dalam menjalankan aktiviti kesatuan khususnya bagi Pegawai Awam yang berkhidmat di bawah PDRM.

“BERSATU MEMBANTU BERSAMA PACSU”

dae5cf46-6459-46a2-a10f-42f3ef9f576ccfe2596b-cc56-4ec7-8a76-0fc35654d9ee9437f827-6655-4965-839d-afa46e8b1c2bdae5cf46-6459-46a2-a10f-42f3ef9f576ccfe2596b-cc56-4ec7-8a76-0fc35654d9eedae5cf46-6459-46a2-a10f-42f3ef9f576ccfe2596b-cc56-4ec7-8a76-0fc35654d9ee9437f827-6655-4965-839d-afa46e8b1c2b6319d402-f625-4fa3-bbca-441c9cf4247215ffe1e5-657a-47f1-a4dd-62fdb7084a8b15d32684-3213-48d9-b19a-29a3a68ca074

,