PERHIMPUNAN PEGAWAI AWAM POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) BERSAMA KETUA POLIS NEGARA TAHUN 2020.

Bukit Aman, 24/06/2020 : Pegawai Kanan PACSU telah mengadakan Perjumpaan bersama Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) bagi membincangkan isu-isu berkaitan Perhimpunan Pegawai Awam PDRM bersama Ketua Polis Negara Tahun 2020 yang bertempat di Pejabat Ketua Penolong Pengarah JPJKK, Bukit Aman pada jam 2.30 petang.

PACSU dihadiri oleh Sdra. Anuar bin Mamat (Presiden PACSU), Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood (Timbalan Presiden PACSU) , KAPT. Bersekutu (PA) Mohd Fadli bin Mohd Noor (Setiausaha Agung PACSU) dan Sdra. Mohd Azli bin Suhaimi (Timbalan Setiausaha Agung PACSU) dan Sdri. Farah binti Shahibi (Setiausaha PACSU Cawangan Bukit Aman).

,